Bicara Seni Planet Akal: Menjalani Hidup sebagai Seniman


Sinopsis
Perkembangan seni visual Malaysia terutama di Kuala Lumpur semakin meriah dengan pelbagai pameran dan aktiviti seni. Selaras dengan perkembangan ini, pertambahan graduan seni halus yang berkeinginan untuk menjadi seniman juga semakin meningkat. Perkembangan ini sejurus memberi saingan atau unsur kompetitif di antara graduan ini dalam mengejar cita-cita mereka untuk menjadi seorang seniman.

‘How to survive as an artist in Kuala Lumpur’ secara dasarnya merupakan sebuah sesi perkongsian oleh seniman-seniman berpengalaman tentang bagaimana untuk mengharungi kerjaya sebagai seorang seniman. Sesi ini juga bertujuan untuk mengekstrak panduan daripada mereka melalui perkongsian sedikit sebanyak pengalaman, pengetahuan dan pandangan untuk berjaya dalam karier ini.