Bicara Seni Planet Akal : Elemen-elemen Seni Rupa di dalam Penerbitan Nadir


Bersama-sama dua 'bibliophile' Nazir Harith Fadzilah (panelis) dan Syed Omar Husain (moderator) yang akan berbicara mengenai topik "Elemen-elemen Seni Rupa di dalam Penerbitan Nadir".
Dikenali sebagai kolektor buku-buku langka, pemilik toko buku Tintabudi, Nazir, akan berkongsi maklumat mengenai imej-imej lakaran dan lukisan yang ditemuinya di dalam buku-buku nadir tempatan koleksi beliau. Sesi ini merupakan satu 'survey' mengenai seni lukis yang berfungsi melengkapkan dunia penerbitan dan persuratan Melayu tanah air.