Bicara Seni Planet Akal : Cabaran dan Hala Tuju Kurator Muda di Malaysia



Kurator kita. Bekerja untuk seniman atau penggerak seni? Sesi bicara seni ini merupakan sesi yang akan mengutarakan persoalan dan perkongsian pengalaman antara kurator-kurator muda tempatan yang terlibat dengan pelbagai projek pameran, perbincangan seni dan aktiviti bersama orang awam. Sesi ini melihat semula peranan seseorang kurator dalam menangani kepentingan seniman dan karya seni, selain menjadi individu penggerak seni dalam skop indipenden atau institusi.
Bicara seni Planet Akal : Cabaran dan Hala Tuju Kurator Muda di Malaysia terdiri daripada 4 orang panelis kurator muda di Malaysia, Baktiar Naim Jaafar, Tan Hui Koon, Azzad Diah Ahmad Zabidi dan Tan Sei Hon serta seorang moderator, Intan Rafiza bertempat di HOM Art Trans, 11 November 2017 pada jam 3-5 petang.